31 July 2012

The Painkiller II

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Kadang-kadang aku rasa painkiller tu tak cukup untuk menghapuskan rasa sakit dalam diri ini. Kadang-kadang bila aku sakit mulalah dalam kepala ni terasa nak kelar lengan lah, telan ubat banyak-banyak lah. Kenapa? Aku sendiri pun takde jawapan untuk itu. 

Memang lah orang tengok aku ni normal je kat luaran, sepertinya aku ini hidup bahagia tanpa ada masalah. Betul lah orang kata don't judge a book by its cover. Hanya aku yang tahu apa sebenarnya yang aku lalui. Kadang-kadang aku sendiri pun tak faham kenapa aku jadi macam ni. Jadi aku mintak sangat-sangat, do not judge me. Bagi aku, yang layak untuk menghakimi aku adalah Allah swt sahaja. So I beg you, please don't judge me. Kalau kau rasa tak boleh nak terima aku, terima perangai aku, kau bolehlah cari orang lain yang lebih baik dari aku untuk jadi kawan kau.

eh, aku ada kawan ke? heh
-amira hasrori-

29 July 2012

Handmade Keychain

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Baru-baru ni family aku dah dapat satu hobby baru iaitu buat keychain. Bayangkan dengan abah sekali pun suka buat benda alah ni. Haha, comel je family aku ni. And keychain tu adik dengan mama bawak pi sekolah masing-masing. Anak murid mama tempah banyak gila. Pening kepala aku nak buat, haihh. Syukur alhamdulillah handmade keychain ni banyak permintaannya. Untung-untung boleh lah buat bisnes secara besar-besaran nanti kan. Hehe.

tadaaa! comelkan, mai la tempah kat saya, tempah di sini.

Ada banyak lagi bentuk yang aku belum try lagi nak buat. Takpe, nanti dah pro nanti macam-macam aku buat, hehe. So sesiapa yang nak tempah tu boleh la tempah sekarang ye. Sementara aku belum masuk uni dan tengah cuti ni boleh lah siapkan cepat-cepat. Nanti dah masuk uni nanti, takes time la nak buat ye. 

Aku menggalakkan order secara bulk sebabnya nanti kalau nak pos, harga pos lagi mahal daripada harga satu keychain. So, sila order banyak-banyak ye, hehe. Kalau nak order sekali dengan tudung pun boleh, tudung banyak lagi stok tu ;)

Nak tengok design yang lain-lain kat sini :)

handmade kecyhain saya comel, yay!
-amira hasrori-

28 July 2012

The Painkiller

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

sumber : google

When was the last time kau makan painkiller? Aku pun tak ingat bila, must be a long time ago kot. Selalunya kalau sakit kepala aku biar kan je, tak mau makan ubat, nanti takut addicted. Mama pun pesan jangan selalu makan ubat. So, kalau sakit apa pun aku tak makan ubat, be it demam, batuk, selsema and the worst, sakit kepala. Aku takkan sentuh ubat. So please, tak payah la nak buat-buat concern sangat kalau aku sakit tapi tak makan ubat.

Lately, even tak makan painkiller pun rasa sakit tu dah tak berapa nak rasa sangat. Maybe dah terbiasa tak depends on ubat, so diri sendiri yang jadi painkiller. Betul la kata orang, the world doesn't revolve around you. Maksudnya, kau yang biasakan diri dengan persekitaran, bukannya persekitaran yang sesuaikan dengan kau. So, yeah, I'm changing, mengikut persekitaran aku. Aku berubah dengan tidak lagi memerlukan painkiller untuk menyahkan rasa sakit ini.

I  don't need a painkiller,
-amira hasrori-

25 July 2012

Buffet Ramadhan

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Well, obviously lah kan dah lama gilaaa aku tak update belog ni hah. hehe. Oh, rasanya belum terlambat lagi kan nak wish semua orang

sumber : google

Ramadhan kali ni bebetul menduga aku, hari kedua ramadhan dah start sakit tekak, selsema dan demam. Sampai sekarang tak elok lagi. Sabar jelah. Orang kata kalau Allah swt bagi ujian kat hambanya, maknanya dia nak hambanya tu tahu yang Dia ingat dan sayang. Thank you Allah swt for giving me this ujian. I will certainly be a good servant for You. InsyaAllah.


Gambar yang dekat atas ni aku jumpa dekat facebook. Bayangkan lah kalau korang jadi orang Somalia tu, korang rasa apa? Ha, jadi di sini aku nak mengingatkan, kalau berbuka tu bersederhanalah. Ini tak, makanan mengalahkan sepuluh orang nak makan, padahal dalam rumah tu berdua je. Ha, faham tak apa yang aku nak sampaikan ni.

Semua orang pun tahu, malah budak kecik pun tahu time bulan Ramadhan ni syaitan iblis di ikat, jadi time bulan Ramadhan ni apa-apa yang kita buat berlandaskan nafsu dan iman kita je. Jadi diri sendiri boleh lah ukur tindakan kita ni lebih kepada iman ataupun nafsu kita.

Dan bulan Ramadhan ni jugak lah masa untuk kita melipat kali gandakan amalan ibadat kita. Kalau selalu kita baca sehari satu muka surat Al-Quran, Ramadhan kali ni kita doublekan sikit muka surat tu. Kalau selalu kita tak tolong mak masak, Ramadhan kali ni kita tolong mak sediakan juadah berbuka. Ingat ye, setiap pekerjaan yang kita lakukan, dengan niat yang betul akan menjadi ibadat juga.

Selamat berpuasa ;)
-amira hasrori-

21 June 2012

Jom Selamatkan Penyu!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

sumber : sini     Tolong selamat kan sayaaa :'(

Tahukah anda penyu sebenarnya dah hidup di dunia ni lebih daripada 100 juta tahun dahulu?
Menurut kajian yang telah dijalankan, penyu didapati telah wujud sejak zaman akhir Jurassic lagi tau iaitu kira-kira 145 hingga 208 juta tahun dahulu (wikipedia).

Tapi sekarang, penyu dah hampir nak pupus tau. Walaupun masa ibu penyu bertelur dalam jumlah yang banyak, tetapi disebabkan tempoh masa untuk matang mengambil masa yang lama dan juga risiko acaman yang tinggi, peluang untuk penyu berjaya matang hanya 1 dalam 1000 tau.

Penyu juga hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan dan pencemaran laut. Contohnya, plastik yang dibuang ke dalam laut boleh disalah-anggap sebagai obor-obor. Obor-obor merupakan salah satu makanan kepada penyu. Yelah, penyu ni kan haiwan, mana ada akal nak bezakan tu obor-obor betul ke tidak. So, kalau penyu tu makan jugak plastik tu, ini akan mengakibatkan penyu tu tercekik, lalu mati. Kesiannn. (sumber)

Jadi, jom kita selamatkan penyu! Macam mana? Senang je,

Langkah 1 : Klik banner kat bawah ni


Langkah 2 : Isi kat bahagian "Plegde to Live Green" (kiri sekali) lepastu klik submit. Dah siap.

Oh ya, jangan isi saja ye, kotakan janji anda untuk tidak mengambil mana-mana bahagian penyu atau telur, dan seterusnya menyokong pindaan undang-undang Malaysia untuk mengaharamkan pengambilan dan penjualan telur penyu.

Senang je kan. Jadi, marilah kita sama-sama selamatkan penyu!!

*Bagi setiap sokongan yang diberikan, saya, bapak penyu, mak penyu, atuk penyu, nenek penyu dan cucu cicit penyu mengucapkan jutaan terima kasih :D

Let's go green people!
-amira hasrori-

19 June 2012

Nasi Goreng Udang

sumber : google     "awak, nasi goreng tu nanti saya nak yang banyak udang macam ni boleh? hehe"

"Awak, saya nak makan nasi goreng udang yang awak masak boleh?"

"Pergilah amik kat dapur tu. Hehe."

"Tapi tu kan dapur rumah awak, macam mana saya nak amik?"

"Alolo. Takpe, nanti kita dah kahwin saya masakkan untuk awak ye."

"Janji?"

"Janji sayang." *sambil tersenyum*

"Tapi nanti dah kahwin mesti awak dah kerja kan. Awak masih ada masa lagi ke nak masakkan untuk saya?"

"Walau sesibuk manapun saya nanti, saya akan pastikan yang saya masih ada masa untuk spend dengan awak, masak untuk awak, saya janji." *tersenyum lagi*

"Tak susah kan awak ke nanti? Yelah, nanti dah busy kerja, pastu kena masak untuk saya pulak, takpe ke?"

"Tak sayang, tak susah pun."

"Awak, kenapa awak baik sangat dekat saya?"

"Sebab saya sayang awak." <3 <3 <3


Tuan Abah cakap cuti ni aku patut spend masa dengan benda yang berfaedah macam tulis novel? Aku pun tak tahu kenapa abah cakap macam tu, haha. So, disebabkan menyahut cabaran abah dengan kembar aku tu, makanya aku pun buat la cerpen ni. Takkan terus nak buat novel yedak? Kalau ada penerbit nak publish cerpen aku ni, contact lah aku ye, hehe. Ada ke? Apepun, enjoy :)

awak, saya rindu awak lah
-amira hasrori-

13 June 2012

Jual-jual

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Fewwitt, harini tak payah masak so aku takde keje selain basuh baju dan jemur kain. Haha. Teruk betul. Itupun nak bagitau ke. 

Memandangkan cuti ni aku tak kerja, jadi aku pun mengambil keputusan konon-konon nak jadi business woman lah. Hehe. Ini semua atas dorongan classmate time aku kat asasi. Thank you Mallynn! Dia pun ada buat bisnes jugak. Konon-konon usaha sama lah ni. Dia jual baju aku jual tudung. Sila lah check out bisnes kawan aku ni kat facebook. Nama kedai dia CliqueChiqueShoppu. Berbelit lidah aku nak sebut hah. Tak pernah la pulak aku tanya mana dia dapat nama kedai dia ni. Sedap sangat. Aku punya kedai simple je. Tak tahu nak letak apa, aku letak lah TripleF Boutique, sempena nama adik-beradik aku yang semuanya start daripada huruf F. Comel tak aku. Hehe.

Sesaja je nak promote page aku bagi reramai like. Eh, takkan nak like je? Beli pun kene okay. Opps, ni macam dah kes paksa je ni hehe. 

Nilah benda yang aku jual, tudung bawal tone pun ada, meh la beli, hehe.

K bai, dah malu sebab promote diri sendiri >.<

saya bisnes woman sekarang okay :P
~unlimited love~

12 June 2012

Curi Makan

Assalamualaikum :)
Waalaikumussalam.

Hehe, lama kan aku tak update. Cuti sekolah dua minggu hari tu aku berehat daripada jadi suri rumah sebab mak aku cuti. Tapi sekarang, sekolah dah bukak balik, bermulalah aktiviti menjadi suri rumah kembali. Masak-memasak tu memang dah dalam list "what-to-do-today" dah. Eh, hari-hari pun macam tu. Selalunya malam-malam dah tanya Puan Mama, besok nak masak apa. Kalau jawapannya, "ikut sukahati kamulah" maknanya menu tengah hari tu kalau tak ikan goreng, ayam goreng. Ahaha, Dasar pemalas punya orang. Nasiblah. Dah bagi arahan macam tu, so sukahatilah aku nak masak apa pun kan. Hehe.

Aku ada habit yang susah sikit nak buang, kalau boleh tak payah buang pun takpe kot. Hehe. Kalau masak ni mesti aku dulu curi makan. Contohnya kalau aku goreng ayam mesti aku goreng extra sebab nanti aku nak ratah gitu je panas-panas. Hehe. Comel betul aku ni. Eh? 

Kat rumah ni takde kucing yang curi makan, so bagi aku jelah jawatan tu ye. Oh ye, aku rasa memang patut bela sekor kucing lah kat rumah ni. Malam tadi aku dengar bunyi tikus kat atas siling tu. Bunyi macam besar je. Tengah berebut makanan kot. Mana lah tikus tu dapat makanan ye. Eee, geli lah pulak. 

Okay, dah lapar. Nak makan dulu, ciao << ni bahasa itali ye :P


makan banyak, tapi tak gemuk. aku harap aku stay macam ni sampai tua. hehe.
~unlimited love~

01 June 2012

Budak-budak Kecik

Assalamualaikum :)
Waalaikumussalam.

Kalau korang perasan lah kan, sejak akhir-akhir ni aku asyik update pasal life kat Palam je, bosan betul lah. Oh, btw, gambar yang kat atas sekali tu adalah view time pagi-pagi dari tingkap bilik aku. Syok wehh, pepagi sejuk je kat sana. Memang memerlukan tahap keimanan yang tinggi ah kalau nak bangun subuh tu hehe.

Eh, apehal aku macam dah lari tajuk je. Adoyy. Sebenarnya aku nak cerita pasal semalam. Semalam ada dua tetamu cilik take turn menziarah rumah aku ni hah. Sorang perempuan sorang lagi lelaki. Dua-dua comel, macam aku hehe.

Memang penat gila lah nak melayan dua budak ni. Nasib baik tak datang sekali gus. Kalau tak memang tak menang tangan lah nak layan dua-dua sekali.


Tadaaa! Nilah Qaisara. Dari pagi sampai ke tengah hari, sampai Puan Mama dah habis masak pun dia tak balik-balik lagi. Kitorang (aku dengan adik aku) dah tak tau nak bermodal kan apa nak main dengan dia ni hah. Sampai lah dia duk terbaring kat tepi kerusi baru Puan Mama hantar dia balik rumah dia balik. Oh, budak ni jiran selang sebuah rumah dari kami je. Dia ni kalau nampak je Puan Mama mesti nak mintak dukung. Padahal dah pandai jalan. Mengada sangat! ayat jeles Tapi memandangkan budak kecik ni comel kiut miut macam aku, jadi aku pun maafkan jelah ehehe.

Sorang lagi nama dia Adam. Takde gambar dia sebab time tu aku sorang-sorang je yang main dengan dia. Susah nak pegang kamera. Adam ni tak reti jalan lagi. Tapi kalau merangkak tu laju gilaaa. First time main dengan Adam, walaupun dia jiran sebelah rumah je. Aku ingat Adam ni susah mesra dengan orang, rupanya mesra ja dengan aku. Siap gelak-gelak lagi. Budak kecik ni tembam! Geram sangat aku nak cubit pipi dia hehe. Memandangkan Adam ni tak boleh nak jalan lagi, so aku kenelah dukung dia. Tapi tak boleh nak dukung lama-lama sangat. Tak larat! Adam ni nampak je kecik, tapi boleh tahan berat dia hoho.

Dulu-dulu aku tak layan sangat nak main dengan budak-budak kecik ni, sebab aku rasa aku takde bakat nak main dengan budak-budak. Like seriously, budak-budak mesti takut nak dekat dengan aku. Sometimes aku wonder, muka aku ni garang sangat ke? Terbukti taklah sebab Qaisara dengan Adam ni nak dengan aku je, dengan adik aku diorang tak nak sangat. Nampak tak naluri keibuan di situ kehkehkeh.

nak tengok tv, kbai,
~unlimited love~

Love Language

Assalamualaikum :)
Waalaikumussalam.

curi dari google

Aku rasa sangat selfish kalau aku sorang-sorang je yang tahu pasal ini. Jadi aku mengambil keputusan untuk share di sini. Entry ini di kopipes dari blog Tentang Nami.

Love language?

Love language. Bahasa cinta.

Menurut satu teori (aku lupa teori siapa), human has five languages of love.

1 Notes Of Affirmation
2 Quality Time
3 Gifts
4 Acts Of Service
5 Physical Touch

NOTES OF AFFIRMATION
Merujuk kepada apa-apa sahaja kata-kata sama ada ditulis, diluahkan secara lisan, mesej, emel, ape2 je la.
Kata-kata yang menunjukkan gratitude, love or compliment.
Contoh :
Terima kasih.
Awak ni comellah. I like!
Awak ni perempuan pertama yang mampu buat saya tersenyum. (Cewah!)
Bro, lu memang terbaik!
Note : Love language does not only applies to couple. It is also applied in friendship, family, or any human relations.

QUALITY TIME
Merujuk kepada masa yang diluangkan bersama yang mana kedua-dua pihak memberikan sepenuh perhatian antara satu sama lain.
Contoh : 
Gi dating. Dah tak nampak orang lain. Nampak die je.
BerYM atau berbalas mesej tak ingat dunia (dengan syarata tak buat benda lain. Tak bermesej sambil memasak ke, sambil tengok tv ke, itu tak dikira QT)
Men bola. Ya, QT tak semestinya berdua.
Lepak-lepak, borak-borak.

GIFTS
Hadiah. Apa je hadiah dikira. Tak kisah la ikhlas ke tak. Tak kisah mahal ke murah. Hand-made card pun dikira jugak.

ACTS OF SERVICE
Merujuk kepada apa-apa sahaja perbuatan yang kita buat untuk orang lain.
Contoh :
Tolong bagi seat kat KTM.
Tolong angkatkan beg.
Tolong hantarkan surat cinta.
Tolong hantar gi tempat kerja.
Apa-apa jenis tolonglah senang cerita.

PHYSICAL TOUCH
Jap ye. Jangan ke situ lagi. Sentuhan fizikal ni tak semestinya intimate touch.
Any type of touch.
Contoh :
A pat at the back of a friend who's sad.
Holding hands, in couple, in best friends.
A hug.

The tricky part is, everyone has their own PRIMARY love language that differs from each other.
If you speak their love language, they will easily be comfortable around you and it leads to love.
But, if you speak the wrong love language, different from the primary, that person may got the wrong idea.

Contoh 1 :
Emma's primary love language is words of affirmation.
But then Patrick keeps helping her out, doing things for Emma.
He is not speaking her primary love language.
So, Emma will get the wrong idea.
She might think Patrick wants something from her in return.
"Apsal mamat ni lain macam je ni?"
Somehow, Patrick brought a bit of fear for Emma.

Contoh 2 :
Maria's primary love language is quality time.
Brad likes Maria but he is a busy man. So he kept sending gifts to Maria.
Same situation with Emma, Maria will get a wrong idea.

What happen if we speak that person's primary love language?

IF we speak the person's primary love language,
the person will be attracted to us, and all the other 4 love languages will be like the icing on the cake.

Contoh :
Steven's primary is words of affirmation.
Angelica keeps saying how much she loves him and compliments him.
On the same time, she spends a lot of time together.
They will bond, and of course, Steven needs to speak her primary as well.

Usually, at the early part or the beginning of a relationship, both sides are trying their best to win each others heart.
Without knowing the primary love language of the partner, some couple fails to give the "in love" feeling to their partner.
The partner feels like losing the love, losing the attention they had before, and it leads to separation.

Sekian.
These are what theory tells me.

This is my love language, so how about you?
You can do the quiz here.
lots of love,
~unlimited love~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...